" Welcome my visitors...!!! | Get Here for Eset Smart Security and Eset NOD32 V2 & V3 Updates For Manually / Offline Method | Download Eset Smart Security and Eset NOD32 V2 for trial drive & V3 for Trial drive | Download OO Defrag Full Version | Download TuneUp Utilities 2008 Full Version | Download WinASO Registry Optimizer Full Version | Please came again, thank you... "
Google

Wednesday, January 2, 2008

Tips Penyelenggaraan Komputer.

Sistem Operasi : Windows XP Pro SP2

Panduan ini ditujukan kepada mereka yang ingin membuat penyelenggaraan komputer sendiri
atau komputer kawan-kawan yang mengalami masalah lambat loading, program slow dsb.

Semoga dengan panduan ini dapat mengurangkan skit sebanyak masalah penggunaan komputer. Mari kita kongsi idea bersama.

SENARIO 1

Ada satu PC bila start nak masuk Desktop terlalu slow, tidak seperti biasa yang mengambil masa antara 20 - 30 saat sahaja. Windows masih berfungsi tetapi nak bukak satu-satu program mengambil masa agak lama. Windows lambat respon.

PENYELESAIAN

Disable System StartUp
1. Start PC seperti biasa
2. Dalam Windows Desktop, klik Start > Run
3. Taip MSCONFIG



4. Disable All > Apply
5. Restart komputer.

Bersihkan Hard Disk
1. Klik Start > Programs > Accessories > System Tools > Disk CleanUp



2. Tick mana2 item yang anda hendak bersihkan dari hard disk

Dengan cara ini ruang kosong hard disk akan bertambah.

Bersihkan Internet Temporary Files
Jika Guna Internet Explorer; IE
1. Buka IE
2. Klik Tools > Internet Options




Fix Registry
Boleh guna program seperti TuneUP Utility yang boleh di download dari internet.

http://www.download.com/3000-2094_4-10698444.html
http://www.tune-up.com/

Guna 1Click Maintenance

Defrag Hard Disk
Program yang disyorkan O&O Defrag 8.0

http://www.oo-software.com/smb/en/download/

Cara Guna.

1. Buka program O&O Defrag
2. Pilih kaedah Stealth



3. Setelah selesai, restart PC dan buka semula program O&O Defrag
4. Pilih kaedah Complete/Access



Peringatan:
Jika sekiranya semasa anda melakukan penyelenggaraan, terdapat Virus dan seumpamnya,
bersihkan dulu.


BACKUP SISTEM WINDOWS - SYSTEM RESTORE


1. Klik Start > Programs > Accessories > System Tools > System Restore
2. Klik Create a restore point > Next
3. Taip tajuk restore point > Create




BACKUP DOCUMENTS/FOLDER

1. Klik Start > Programs > Accessories > System Tools > Backup
Jika tidak ada, install program NTBACKUP

http://www.winxptutor.com/ntbackup.msi

2. Pilih kaedah backup



3. Pilih Folder/Data untuk backup



4. Dan teruskan backup <--- tentukan lokasi untuk simpan fail backup

SENARIO 2


Selepas komputer dihidupkan, komputer 'hang' sebelum dapat masuk Desktop.
Indicator Bar sentiasa berpusing2.



=====================

PENYELESAIAN

Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah ini;
1. Boot SafeMode
2. Restore Point
3. Restore/repair Sistem Windows

=====================

CARA SAFE MODE

1. Hidupkan komputer dan tekan kekunci F8
(tekan sebaik sahaja komputer buat proses POST)



2. Pilih Sistem Operasi

3. Login dengan akaun Administrator

PADA DESKTOP

1. Semak hardware conflict dan cuba disablekan.
2. Scan virus/spyware
3. Guna restore point yang terdahulu

=========================
Jika sekiranya Safe Mode gagal berfungsi, pilih Safe Mode with Command Prompt
(menu pilihan ke-3)

Pilih sistem operasi dan administrator.

Command Prompt


Masukkan arahan:
%systemroot%\system32\restore\rstrui.exe



Dan teruskan proses restore point.

SENARIO 3

Bila on komputer selepas check BIOS (proses POST) komputer cuba 'load' Windows
kemudian restart dengan sendiri. Tak sempat nak tekan kekunci F8 untuk masuk SafeMode.
=========================

PENYELESAIAN:

Ada kemungkinan masalah hardware.
> Tanggalkan RAM dan bersihkan kaki RAM dengan pemadam getah (eraser)
> Tanggalkan Kad Grafik dan bersihkan sambungannya.
> Pasang semula.
> Cuba On komputer.


Restore Windows XP

1. Pastikan komputer boleh boot dengan cdrom
Semak dalam BIOS supaya 1st boot device adalah cdrom

2. Boot komputer dengan cdrom pemasangan Windows XP SP2 yang original
Biasanya windows XP yang telah dipinda atau cd cetak rompat tiada pilihan untuk restore.

No comments: